Apa yang perlu dilakukan apabila Smartphone termasuk di dalam AIR
Mesti ada diantara korang yang pernah tak sengaja 'terjatuhkan' Smartphone korang ke dalam air kan..?Jangan risau kerana di bawah ada tips/cara berguna untuk selamatkan Smartphone korang daripada pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya..:-P
Berikut ada 5 cara yang perlu dilakukan apabila Smartphone korang termasuk dalam air..:
- Pastikan Smartphone korang ditutup dulu dan jangan pandai-pandai pergi cas pulak:Ini bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tak diingini berlaku dan jangan cuba untuk menghidupkan kembali kerana air yang berada di dalam akan menyebabkan motherboard rosak.
- Goncang Smartphone korang sekuat mungkin:Ini bagi mengeluarkan lebihan air yang berada di dalam Smartphone tersebut..P/S-Jangan sampai terlepas pulak..
- Keringkan air sebanyak yang boleh:Pastikan Bateri/Sim Card/Memori kad sudah dikeluarkan terlebih dahulu
- Rendamkan Smartphone korang ke dalam beras yang belum dimasak selama 2-3 hari:Ini kerana beras yang belum dimasak akan menyedut segala air yang berada di dalam Smartphone korang.Jangan rendam bersama air.,cukup dengan beras saja sampai Smartphone tersebut tenggelam di dalam beras..[Tak percaya cubalah]
- Keringkan Smartphone korang menggunakan Vacum atau Hair Dryer:Ini untuk mengeringkan sisa-sisa air yang berada di dalam Smartphone tersebut.Lakukan proses tersebut selama 30 minit-Sejam.Cara inilah yang paling berkesan dalam menangani masalah pengeringan air di dalam Smartphone.Jika korang tidak mengikut langkah-langkah yang disediakan ditakuti Motherboard Smartphone korang akan rosak sama ada berkarat atau SHOCK.Jadi dari membuang duit untuk hantar ke kedai atau beli yang baru baik lah ikut langkah-langkah di atas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan