Jumaat, 12 Julai 2013

Cara nak Upgrade Smartphone Samsung Galaxy S Advance ke Jelly Bean 4.1.2(Malaysia Firmware)

 

Sebelum Upgrade ,antara yang korang kena pastikan ialah:

  • Pastikan korang memakai Samsung Galaxy S Advance..untuk confirmkan pergi ke Setting-About Phone-Model Number[Gt-i9070]
  • Bateri mesti dalam 80% ke atas
  • Pastikan korang sudah install USB Driver di Laptop/PC korang.Jika belum download& Install di SINI .
  • Jikalau korang ada Root Smartphone sebelum ini maka secara automatik Root akan Hilang..

Jika korang sudah sedia dan sudah tak sabar lagi jom kita mulakan.. B-)



NOTA: Melakukan naiktaraf ini harus dilakukan dengan mengikut langkah yang kami sertakan dibawah. Kesilapan dalam proses naiktaraf mungkin akan mengakibatkan sesuatu yang buruk berlaku terhadap peranti anda dan saya tidak bertanggunggjawab atas sebarang kerosakan yang berlaku.

Apa yang anda perlukan adalah:

-Muatturun Samsung Firmware untuk Gt-i9070 Malaysia XME. Extract firmware yang anda muatturun tadi dan anda akan mendapat fail .md5 atau .tar.md5 berserta lain-lain fail.
-Muatturun dan install Odin v3.07.

Jika peranti anda menggunakan Custom Firmware atau Custom Recovery, ianya akan digantikan dengan Official Firmware dan Official Recovery memandangkan ini adalah Official Firmware.

Memandangkan proses penaiktarafan ini MUNGKIN akan memadam data peribadi yang terdapat di dalam peranti anda, anda disarankan untuk melakukan Backup terlebih dahulu yakni menyalin segala data yang PENTING bagi anda ke tempat lain.

Pastikan Usb Debugging telah didayakan. Jika belum, pergi ke setting>application>development dan tandakan pada USB debugging.

Dah cukup semua kelengkapan? Jom kita mulakan.
Langkah 1: Matikan peranti anda dan masuk ke mod Download. [ Tekan serentak selama beberapa saat Vol Bawah, Home, dan Power].

Langkah 2: Buka aplikasi Odin dan kemudian sambungkan peranti ke pc menggunakan Kabel USB. Petak ID:COM akan bertukar kepada warna kuning//biru dan sebagainya, ini bermakna Odin dapat mengenalpasti peranti anda. Jika tidak, cuba pasang Driver sekali lagi dan pastikan Samsung Kies tidak berjalan semasa proses ini. Samsung Kies seperti abang besar yang tidak memberi kebenaran untuk adiknya Odin beroperasi.

Contoh gambar dibawah adalah untuk rujukan sahaja.


Seterusnya isikan fail yang di extract td ke PDA, PHONE dan CSC.
PDA: fail dengan format .tar

PHONE: fail dengan perkataan "modem". Abaikan jika tiada.

CSC: fail dengan perkatan "csc". Abaikan jika tiada.
 
PIT: Masukkan pit file ke kotak pit.[jika pit disediakan bersama firmware yang dimuat turun. abaikan jika tiada]
Periksa pilihan Auto Reboot dan F. Reset Time telah ditandakan. Pastikan juga Re-Partition tidak ditandakan. Anda hanya perlu menandakan Re-Partition JIKA anda menggunakan fail Pit.
Tekan butang START dan tunggu hingga proses selesai.


 Smartphone anda akan Restart dengan sendirinya apabila perkataan PASS muncul di Odin.

Jom cuba apakah rasanya Jelly Bean ini. Semoga berjaya.
Jika ada sebarang masalah boleh tanya saya..^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan